PENGENALAN.
Assalamualaikum.
SENI SILAT SENDENG PAKLONG SHUKOR.
Rukun Perguruan.
PEMBELAJARAN SENI SILAT SENDENG
Pemakaian rangkaikata Seni Silat Sendeng yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajran yang terkandung di dalamnya.
Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajarannya ialah SENDENG ; kerana setiap perlakuan, pergerakan dan penggayaan yang diaksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secara menyendeng atau mengiring.
Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan 'Seni Silat Sendeng' atau 'Silat Sendeng'.
Pembelajaran Sendeng dibahagikan kepada tiga tahap iaitu :-
1). Peringkat Asas
2). Kemahiran Asas
3). Jurulatih
Asas :
BELEBAT.
Belebat merupakan langkah awal / permulaan dalam pembelajaran seni Silat Sendeng.
Pergerakan ini mengajar bagaimana cara membuat perlindungan bagi anggota badan
serta membuat langkahan.
SENI SILAT SENDENG PAKLONG SHUKOR.
Rukun Perguruan.
- Mentaati perintah Allah dan rasul, anjuran dan suruhan Nya serta menghindari segenap larangan dan cegahan serta yang dicela Nya.
- Menyantuni kedua Ibubapa, Guru-guru, Jurulatih (lama dan baru), keluarga tua, sebaya dan muda serta rakan seperguruan.
- Memelihara maruah dan kehormatan Seni Silat Sendeng Malaysia dan kerukunan hidup kekeluargaan dan kemasyarakatan.
- Menjauhi sifat-sifat takbur, ujub, riak, hasad sesama insan dan menghindari dari pertelagahan sesame seperguruan dan berlawan dengan orang lain, melainkan dalam keadaan terdesak dan tercabar.
- Menghormati budaya Silat Melayu yang lain serta seni bela diri bangsa asing.
KATA-KATA SILAT
Falsafah atau kata-kata silat atau pepatah yang terdapat di dalam perguruan ini adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi.
Falsafah atau kata-kata silat atau pepatah yang terdapat di dalam perguruan ini adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi.
Ia
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang mengandungi pengertian dan
maksud yang mendalam yang terselindung di dalam setiap pergerakan silat
yang dilakukan.
Falsafah biasanya akan dipendengarkan kepada pesilat -pesilat semasa menjalani latihan mengikuut peringkat-peringkatnya.
PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG
Ungkapan Seni Silat Sendeng yang mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.
Ungkapan Seni Silat Sendeng yang mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.
Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -
SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun
ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri
atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak
atau menyerang berposisi mengiring.
Mendalami
pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi
ertikata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun
rohaniah.Di sei ilmiah umpamanya 'Sendeng' terdiri dari sukukata dua
perkataan yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.
' SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang
kukuh, kuat dan rapi.
' DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat
bertahan, tembok atau tempat perlindungan.
Di
sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu
serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya
(muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana
setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal
rapi.
Dengan
cara ini juga akan memudahkan sipesilat untuk menggorak langkah sama
ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.
Manakala
dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman
'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana
ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati
dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi
kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan
bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan
utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.
Oleh
yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk
melepaskan, mematikan, memuka dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang
menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum
sampai dan bunuh sebelum hidup".
Pemakaian rangkaikata Seni Silat Sendeng yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajran yang terkandung di dalamnya.
Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajarannya ialah SENDENG ; kerana setiap perlakuan, pergerakan dan penggayaan yang diaksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secara menyendeng atau mengiring.
Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan 'Seni Silat Sendeng' atau 'Silat Sendeng'.
Pembelajaran Sendeng dibahagikan kepada tiga tahap iaitu :-
1). Peringkat Asas
2). Kemahiran Asas
3). Jurulatih
MENGENALI SENDENG DENGAN LEBIH DALAM
Sendeng dalam erti kata lain ialah sandar.Menyendeng atau menyandar.Dalam perguruan , Sendeng lebih kepada maksud pukul atau lebih dikenali dengan pukul sendeng.
Pukulan yang dilakukan secara lazimnya menyandar atau menumpang kepada kekuatan, kelajuan, kemarahan dan kemaraan pihak lawan.
Falsafah Sendeng berbunyi 'cepat datang cepat pula jatuh, besar yang datang besar perginya'.Dari
falsafah ini jelas membuktikan bahawa SSS boleh menjatuhkan lawan
hanya dengan menggunakan kekuatan dan kepantasan pihak lawan.Inilah
sebahagian dari apa yang dimaksudkan dengan Sendeng.
Falsafah lainnya berbunyi 'Gerak gayang, pantas berani'.Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas dan berani pada kita.Ianya bermaksud dalam sesuatu perkelahian 'masak gerak'
adalah penting.Yang dikatakan masak gerak ialah dapat membaca
pergerakan kasar dan halus pihak lawan.Kita seharusnya tahu apa punca
gerak tangan dan apa pula gayang.Biarlah gerak dan gayang itu musuh
atau pihak lawan yang pakai tetapi pantas berani pada kita.Ini
bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang.Dalam
keadaan musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya.
Sendeng juga mengamalkan falsafah 'haram di sentuh'.Haram
bukan dari segi agama tetapi haram yang dimaksudkan ialah tidak
dibenarkan sama sekali pukulan sendeng disentuh atau
ditangkap.Adakalanya lebih baik kena daripada menyentuh.Bezanya, kena
tanpa dsentuh kuat tetapi kena setelah disentuh lagi kuat.
Kadangkala
pakar sendeng memang memberi peluang supaya tangannya disentuh atau
cuba ditangkap atau dikunci oleh pihak lawan.Keadaan ini lebih mudah
bagi pakar sendeng.Bagi SSS pukulan lebih pantas dari kunci kerana
pukul sendeng bukan pukul bermalam.Pukulan sendeng ibarat 'pukulnya satu tapi nampak beribu'.
KONSEP:
SSS
berpegang kepada konsep 99 peratus menyerang dan 1 peratus
menunggu.Dalam ertikata lain pakar sendeng amat jarang menunggu serangan
tetapi bagi yang tahu mereka akan menyerang terus dan
seterusnya.Kenapa pula begitu.Kerana pakar sendeng tahu apa itu ibu
gerak dan ibu pukul.Dan tahu bagaimana memati gerak dan memati
pukul.Sebab itulah walaupun pada dasarnya pihak lawan cuba menyerang
dahulu tetapi pergerakan lawan itu dapat dipintas dan akhirnya pakar
sendeng yang memukul.Lagipun apabila serangan dimulakan ianya
berlapis-lapis sebab pakar sendeng dilatih 'tangan itu yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis'.Ertinya satu tangan dilatih melakukan dua kerja serentak.
|
BELEBAT.
Belebat merupakan langkah awal / permulaan dalam pembelajaran seni Silat Sendeng.
Pergerakan ini mengajar bagaimana cara membuat perlindungan bagi anggota badan
serta membuat langkahan.
No comments:
Post a Comment